Sejarah Perang tanding

Di dunia Timur

Perang tanding tidak asing daripada pengetahuan masyarakat Alam Melayu, misalnya pertarungan berlawan keris dalam kalangan orang Melayu dan orang Jawa. Orang-orang Bugis dan Makassar terutamanya mempunyai suatu perlawanan khusus dipanggil sitobo lalang lipa di mana orang yang bertarung berlawan dalam batasan sehelai kain sarung yang dililitkan antara mereka sambil mereka menghunus badik masing-masing.[3]

Terdapat juga pertarungan yang dilaksanakan dalam kalangan samurai semasa zaman Edo (決闘?, kettō).

Cabaran ini banyak dilakukan dalam kalangan kasta kshatriya dalam banyak kerajaan lama tamadun India kerana kasta ini menganggap mati dalam keadaan tua itu sebagai suatu penghinaan; pahlawan yang tua akan berjumpa raja mereka untuk mengajak bertarung sehingga dia sendiri mati terbunuh.[4]

Di dunia Barat

Kemerosotan dan pengharaman

Selepas berlakunya Perang Dunia Pertama, perang tanding ini semakin dipandang buruk kerana ia dilihat sebagai merugikan atau menyusahkan badan ketenteraan jika melibatkan kecederaan, kelumpuhan atau kematian askar atau anggota dalam pertandingan sebegini.[5] Kegiatan ini mula diharamkan di Austria-Hungary pada tahun 1917 hasil titah Maharaja Karl I; ia sejajar dengan undang-undang diperlakukan di Prusia (1851) sebelum diteruskan Reichsstrafgesetzbuch Empayar Jerman setelah tahun 1871.[6] Undang-undang berkaitan pembenaran perang tanding semakin dihadkan pada zaman Jerman Nazi sejak tahun 1937 atas perintah Adolf Hitler setelah berlakunya kematian seorang anggota parti Nazi dalam peraduan sebegini.</ref>